-->
« PYZAM.COM
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
skip to main | skip to sidebar

Story about Khoshimoshi

special day's

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Hey! anda telah masuk ke dalam wilayah blog saya! Follow¦Dashboard
akuw dya dan mereka

Custom Glitter Text

Thursday, 13 June 2013

Doa Seorang Isteri




Selamat Datang ke blog saya .Hanya sekadar perkongsian.Perkongsian kali ini istimewa untuk wanita yang bergelar isteri ialah doa seorang isteri.semoga anda memperolehi sesuatu selepas membaca entri ini.Jika tidak keberatan silalah sharekan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.


Ya ...♥الله♥

Satukanlah hati-hati kami
Satukanlah hatiku dan hati suamiku
dalam cahaya kasih sayangMU ya Allah


Tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan keselamatan
Dan selamatkanlah kami dari kegelapan menuju cahaya ya Allah


Ya ..♥الله♥
Kukuhkanlah rasa cinta di antara kami jadikanlah rumahtangga kami
Rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah
Kuatkanlah kami menghadapi ujian dan cubaan
Baik yang zahir mahupun yang tersembunyi

Jagalah iman, islam dan keikhlasan hati kami dalam beribadah kepadaMU

Posted by Unknown at 21:57 0 comments  

TAKTIK LELAKI UJI CINTA WANITA


Anda sudah diuji?Ya atau belum??...
kalau belum takpe...

kat sini shye nk bagi tips2 sikit berkenaan uji menguji ni..
jgn percaya bulat2 yer...nanti jaDik ajaran sesat plak..


Lelaki memiliki banyak cara untuk menguji cinta anda...

Bolehjadi dia terpesona pada Anda. Tapi, bagi sebahagian laki-laki, itubelum cukup untuk membuatnya bernekad memilih Anda.

Bermacam2 cara yang mereka uji, dan apakah yang menentukan lulus dan gagal Anda dimatanya.??


MATERIALISTIK ATAU TIDAK
Untuk mengetahui Anda materialistik atau tidak, mereka akan menguji dengan ini:

Memberi Anda hadiah murah.
Reaksi Anda: Bertanya-tanya soal harga dan tidak mau menyimpan barang tersebut. Anda gagal.
Reaksi Anda: Gembira dan hadiah itu langsung dipakai. Anda lulus.

Mengajak Anda ke tempat makan murah.
Reaksi Anda: Menolak, tidak mau makan dan tarik wajah berkerut. Anda gagal.
Reaksi Anda; Tidak keberatan dan lahap menyantap makanan. Anda lulus.


JEALOUSY TEST
Laki-laki selalu ingin tahu apakah pasangannya jenis cemburu kuat atau tidak. Ia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan Anda pada teman perempuannya.
Reaksi Anda: Tunjuk muka tidak senang dan bertanya-tanya soal perempuan itu setelah pertemuan. Anda gagal.
Reaksi Anda: Comfort saja, bahkan memuji perempuan itu di depan dia. Anda lulus.

Telefon perempuan lain di depan Anda.
Reaksi Anda: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan masalah besar. Anda lulus.
Reaksi Anda: Marah dan mengatakan bahwa Anda tidak suka dia menelepon perempuan lain. Anda gagal.



HUBUNGAN ANDA DENGAN ex-BF
Keinginan ambil tahu dia cukup besar adakah rasa yang tersisa di hati Anda untuk kekasih lama. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanya soal khabar terakhir EX-bf Anda.
Reaksi Anda: "Oh baik-baik saja, kelmarin baru saja bertemu." Anda gagal.
Reaksi Anda: "memang penting aku tahu khabar dia? Kan sudah ada kamu." Anda lulus.

Bertanya bagaimana hubungan Anda dengan Ex-Bf.
Reaksi Anda: "Kami masih berkawan, tapi hanya sebatas itu, kerana kami tak serasi." Anda lulus.
Reaksi Anda: "Anda marah-marah sambil mengumpat dan menghina ex-bf. Anda gagal.


MENGUKUR KADAR KESETIAAN
Ia ingin mendapatkan kekasih yang setia. Ia akan menguji kesetiaan Anda dengan cara berikut:

Keluar Outstation.
Reaksi Anda: Tidak pernah menghubungi dia dan keluar dengan laki-laki lain. Anda gagal.
Reaksi Anda: Kerap menghubungi dia dan tidak keluar dengan laki-laki lain selama dia outstation. Anda lulus.

Meminta bantuan rakannya untuk menggoda Anda.
Reaksi Anda: Gagal godaan rakannya, bahkan Anda meninggalkan dia dipertengahan . Anda gagal.
Reaksi Anda: Menolak godaan rakannya dan mengatakan Anda tidak tertarik padanya. Anda lulus.


TINGKATAN KEEGOAN
Merekamenghindar berhubungan dengan perempuan ego yang mahunya menangsendiri. Bagaimana laki-laki menguji tingkat keegoan Anda?
Mengajak ke tempat yang Anda tidak suka.
Reaksi Anda: Bermatian menolak menemani dia dan tetap memaksanya pergi ke tempat yang Anda suka. Anda gagal.
Reaksi Anda: Tidak keberatan menemani, bahkan mencuba untuk menikmati. Anda lulus.

Menolak ajakan Anda dengan alasan ada janji dengan rakannya.
Reaksi Anda: Memintanya memilih antara teman atau Anda. Anda gagal.
Reaksi Anda: Memaklumi dan mengatakan kalau Anda bisa pergi dengannya di lain waktu. Anda lulus.


ALASAN ANDA MENYUKAINYA
Ia juga ingin tahu apa sebenarnya motivasi Anda menjalin hubungan dengandia, kerana wangkah, handsome atau kebaikannya? Ia akan menguji denganini:
Suatu hari dia mengatakan kalau dia tidak ada wang.
Reaksi Anda: Belanja dia makan dan menonton. Anda lulus.
Reaksi Anda: "Kalau gitu lain kali saja kita berjumpa ya, kalau ada duit baru kita keluar." Anda gagal.

Mengajak Anda naik motor atau kenderaan awam.
Reaksi Anda: Menolak dan memilih tidak jadi pergi. Anda gagal.
Reaksi Anda: Tidak keberatan dan enjoy selama perjalanan. Anda lulus.

Posted by Unknown at 21:32 0 comments  

Lawak Giler



Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)



Saksi : Kenal tuan.


Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?


Saksi : Itu gambar..., tuan.


Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.


Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.


Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!


Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.


Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)


Saksi : Baru kejap tadi tuan.


Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?


Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.


Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.


Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.


Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)


Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.


Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)


Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)


Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?


Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!


 

Posted by Unknown at 21:19 0 comments  

Cara2 Cover Maluuuu...



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Posted by Unknown at 15:12 0 comments  

Lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Posted by Unknown at 15:07 0 comments  

Matematik vs. Logik



Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...


M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.


L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.


L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.


M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...


L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.


Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?


L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.


M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

Posted by Unknown at 14:52 0 comments  

Nasib Badak Si Badak Sumbu




Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.

Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........

Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya..
"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Posted by Unknown at 00:15 0 comments  

Wednesday, 12 June 2013

i'm back !


malam-II niy bila mata susah nak tidur mula la tangan niy gatal nak menaip :D
dah lama tak update entry baru .
masa tu banyak tapi macam-II happen ,
busy dengan kehidupan seharian sekarang ,

Alhamdulillah sekarang kehidupan saya semakin bahagia ,
dengan kehadiran dia dalam hidup saya ni membuatkan saya "feel lucky" !
dulu banyak betul dugaan sebelum mencapai bahagia macamni ,
tu la Tuhan cakap akan ada ganjarannya untuk hambanya yang punya sifat penyabar .

cit cit cit ,
why mesti jiwang ni , haha
ok la straight to the point la kan ,
actually saya nak story moly pasal buah hati jantung pisang saya ni ,
almost 1 year together with him ,
thanks to God bless us .

untuk melupakan memang sukar tapi untuk menerima pun sukar juga ,
tapi Tuhan tu tahu kan apa yang terbaik untuk hambanya ,
dan dia telahpun pertemukan saya dengan hambanya iaitu ....................... teeetttttt ..
hahahaa bengang je kan ,
ade aku kesah ,
kidding friend , chill la kitkat kan ada ^^

at the 1st things saya pun tak pernah jangka yang kitorang akan together-II like this ,
sebab dulu dia ni saya anggap untuk kawan yang boleh bergaduh , berbahas tentang apa saja ,
tup tup susu cair pulak . . . apa kes ?
kes terjatuh kat lubuk cinta la ni , , puihhh .
:D

hahahahahahaa , gila kan tetiba je ketawa sendiri ,
tak ... teringat masa 1st dia nak try ayat .. hahahaha
dia bagi lagu ni . ce try dengar . . . hihihi


mungkin lirik dia tu mula-II macam kelakar tapi lama-II terjatuh cinta pulak .. hahahaha
tah pape , dulu kan masih kanak-II tu yang perangai macam kanak-II tak faham sangat maksud lagu tu ,
sampai sekarang kalau nak kenakan dia selalu ingatkan dia tentang lagu ni , lucu . .

mungkin dulu kitorang sebagai kawan ,
tapi sekarang dialah kawan , sahabat (eh sama je kan dengan kawan , tapi takpela hihi) , dia juga lah kekasih , musuh , cikgu untuk mendidik saya . thanks bie ^^

sekarang saya punya satu target dan Insyallah akan menyusul cerita tentang apakah target saya tu .
haaa mesti nak tahu kan ..
wait haaaaaaa ...
ingat ada ganjaran untuk orang yang penyabar ,, so apa bleh buat . .
tunggu la next entry pulak .. wahahaha .
k la kita beredar dulu yee ..
see u soon guys :)
muahhhhh !

Posted by Unknown at 23:34 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

widget


About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ► 2014 (2)
    • ► February (2)
  • ▼ 2013 (8)
    • ▼ June (8)
      • Doa Seorang Isteri
      • TAKTIK LELAKI UJI CINTA WANITA
      • Lawak Giler
      • Cara2 Cover Maluuuu...
      • Lelaki ensem vs lelaki tak ensem
      • Matematik vs. Logik
      • Nasib Badak Si Badak Sumbu
      • i'm back !
  • ► 2012 (5)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (3)
  • ► 2011 (12)
    • ► December (1)
    • ► July (2)
    • ► June (3)
    • ► May (6)

hi . . chatting jom ^.

with beloved friend's


kami

Followers

Powered by Blogger.
 




S0ng

Copyright© All Rights Reserved khoshimoshiyaty.blogspot.com/
Elegant Rose - Double Heart